Ada di antara kita mengeluh dan berasa kecewa kerana makan vitamin tetapi tidak berkesan. Apakata kita 'Check' semula pengambilan air kosong dan gaya hidup kita. Di harapkan ini dapat membantu anda.
- Kurangnya pengambilan air kosong.
Ada diantara kita yang lebih gemarkan minum minuman berperisa
seperti milo,nescafe,sirap dan sebagainya daripada minum air kosong. Tetapi
pernahkah kita terfikir,pengambilan minuman berperisa ini lebih banyak kesan
negatifnya. Ini adalah kerana kandungan gula di dalam air tersebut lebih-lebih
lagi minuman berkarbonat. Air manis ini menyumbangkan peningkatan kepekatan gula dalam darah dan menyebabkan kegemukan.
Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak
apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh
berlaku dengan lebih baik.
- Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.
Oleh itu,agihkan
atau buat satu jadual pengambilan vitamin mengikut kesesuaian dan keperluan
supaya kepekatan darah tidak akan meningkat secara mendadak pada satu-satu
masa.
Di samping
itu juga,ini dapat membantu buah pinggang agar tidak dibebani pada suatu masa
sahaja.
- Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.
Sekiranya
anda mempunyai masalah kesihatan dan di bawah pemantauan doctor, elakkan
pengambilan ubat dan vitamin secara serentak kerana ini boleh menyebabkan darah
tidak menyerap vitamin dengan baik akibat kecelaruan darah.
Oleh itu, anda
disarankan menyediakan satu jadual masa pengambilan ubat dan vitamin.
Contohnya,sekiranya
ubat doctor diambil sebelum makan,vitamin pula diambil selepas makan atau
jarakkan pengambilan ubat dan vitamin dalam satu hingga dua jam.
- Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian.
- Pantang larang makan vitamin.
- Pengambilan Vitamin Secara Istiqamah
Untuk mendapatkan kesan yang baik,pengambilan
vitamin ini adalah baik secara berterusan bukannya hari ini makan dan esok
tidak. Ambil vitamin mengikut jadual dan teratur,barulah anda dapat merasai
kesan.
Walaupun
begitu,cepat atau lambat kesan vitamin itu bergantung juga pada badan individu
tersebut. Ini adalah kerana,setiap badan manusia itu berbeza kerana factor pemakanan
dan gaya hidup juga berbeza.
TIPS UNTUK IBU MENYUSU.
Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Walaubagaimana pun,fahami juga konsep penyusuan seperti "DEMAND AND SUPPLY" dan sebagainya untuk memastikan anda dapat menjayakan aktiviti penyusuan. Utamakan niat yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri pengambilan air tidak sekata. Sekiranya anda membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu setiap fungsi kebaikan vitamin yang anda beli!
No comments:
Post a Comment