MENGATASI MASALAH SELERA MAKAN ANAK-ANAK





Adakah anda ibu-ibu yang mengalami masalah kurangnya selera makan dikalangan anak-anak,dan membuatkan tidak ada penambahan berat badan yang ideal pada mereka.
Ada juga diantara anak-anak kita bergantung sepenuhnya penyusuan tanpa mahu mencuba makanan lain yang sepatutnya dia ambil apabila umur sudah 6 bulan ke atas. Ada diantara kita merasakan,oh tidak mengapa,mereka masih kanak-kanak dan tidak perlu dipaksa.Anda salah! Ini kerana mereka perlu diperkenalkan makanan lain dan mendapat zat-zat makanan dan nutrisi yang seimbang dengan tumbesaran mereka.
Ibu perlu menyediakan makanan yang berkhasiat mengikut keperluan nutrisi mereka seperti:-

*karbohidrat (nasi, roti, kentang, pasta untuk membekalkan tenaga dan membuat anak rasa kenyang),
*protein (telur, ikan, ayam, daging, susu, tauhu,  tempe untuk pertumbuhan badan, anti bodi dan sistem imun badan.
 *vitamin dan mineral (buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai sumber serat.
* lemak (untuk sumber tenaga dan zat bagi melarutkan vitamin A, D, E, K.

Selain pengambilan makanan mengikut piramid makanan, gaya hidup yang sihat turut menyumbang kepada peningkatan berat badan. Bukan sahaja anak yang terlebih berat badan disarankan aktif beriadah tetapi anak yang kurus juga perlu terus digalakkan aktif.  Bagaimanapun anak ini mesti dipastikan mendapat rehat yang cukup.

Oleh itu,rancang pemakanan anak anda dengan menggunakan kaedah yang dapat menaikkan atau meningkatkan selera makan mereka.
Berikut adalah tips-tips yang diharapkan dapat membantu anda:-

Galakkan anak anda untuk duduk di kerusi bayi atau meja makan selama 20-30 minit atau sehingga masa makan berakhir. Walaupun anak anda tidak makan langsung atau hanya makan sedikit selama beberapa minit, kekalkan dia di kerusi bayi atau meja makan selama 20-30 minit. Terangkan kepadanya bahawa dia perlu kekal di meja makan sehingga "ibu dan ayah sudah kenyang". Ini akan mengajarnya apa itu rasa kenyang. Jangan bimbang jika anak tidak makan pada akhir waktu 20-30 minit ini kerana mereka akan berasa lapar dan rasa ingin makan akan dating pada waktu makan yang berikutnya.

Kurangkan gangguan pada waktu makan seperti barang permainan, buku dan televisyen. Ini akan mengganggu proses pembelajaran rasa "kenyang" sewaktu makan kerana mereka hanya akan makan tanpa dapat mengenalpasti rasa "kenyang" jika dibenarkan bermain sewaktu waktu makan.

Puji anak anda jika dia mampu menyuap diri sendiri tetapi kekalkan reaksi neutral tentang apa yang dia makan. Sebagai contoh, ibu bapa tidak seharusnya bertepuk tangan atau menunjukkan reaksi teruja apabila anak mencuba makanan baharu. Perbuatan ini (mencuba makanan baru) bukan "pertunjukan" atau "performance" untuk ibu bapa. Jangan sesekali memberi "upah" makanan ringan contohnya gula-gula sekiranya anak mencuba makanan baharu. Cukup dengan sekadar pujian.

Elakkan menggunakan makanan sebagai hadiah dan ganjaran semasa memujuk atau sebagai tanda kasih sayang.

Jangan paksa atau desak anak anda makan kerana berkemungkinan ia hanya akan membawa kepada masalah dan bukan peningkatan pengambilan makanan.

Sekiranya anak anda tidak makan atau makan dengan amat sedikit sahaja, jangan benarkan pengambilan snek antara waktu makan. Jangan risau, ia tidak membahayakan sekiranya anak anda makan sedikit sahaja pada sesetengah waktu makan dan makan dengan lebih banyak pada waktu makan seterusnya atau keesokan harinya.

Oleh itu,untuk membantu mengatasi masalah selera makan dan masalah berat badan secara tidak langsung anda juga boleh memberikan mereka MEAL SHAKE SHAKLEE.



MEALSHAKE SHAKLEE yang berperisa vanilla ini lengkap dengan 24 jenis vitamin,mineral dan zat yang perlu. Dengan diformulasikan bahan-bahan semulajadi seperti buah-buahan,sayur-sayuran,kacang soya,lactalbulmin (sejenis susu) dan lain-lain lagi. Untuk pengetahuan anda Lactalbulmin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap kedalam sistem tubuh badan dari peringkat bayi hingga ke dewasa.


Untuk Maklumat Lanjut  dan  Konsultansi Percuma:

Pengedar Shaklee Anda l Norhasliza Rafee l 868943
Whatapps atau SMS l 012-6624161
COD l Kota Damansara,Damansara Perdana,TTDI,Damansara Utama,Kelana Jaya  dan Kawasan Sewaktu dengannya.
FB Fanpage l Vitamin.Ibu 


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Meal Shake Shaklee





Meal Shakes Shaklee adalah merupakan salah satu minuman kesihatan nutrisi yang lengkap  dengan 24 jenis vitamin,mineral dan zat yang perlu. Meal Shakes dihasilkan untuk semua golongan,kanak-kanak,pelajar,ibu mengandung,pengamal diet dan anda yang sibuk bekerja.
Meal Shakes Shaklee diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi iaitu buah-buahan,sayur-sayuran,kacang soya,lactalbumin dan lain-lain.

Lactalbumin adalah protein yang dihasilkan oleh 8 kumpulan protein. Lactalbumin adalah protein premier dalam susu ibu. Turut hadir dalam protein ini adalah kuantiti besar asid amino cysteine . Kompaun ini berfungsi untuk membantu meningkatkan sistem imun. Asid amino ini diperlukan dalam badan, tetapi badan tidak boleh menghasilkan sendiri. Kelebihan lactalbumin ini membantu kanak-kanak yang kurang selera makan dan menambah seleranya serta seterusnya meningkatkan berat dan perkembangan normal anak anda.

Sangat sesuai untuk anda yang mengalami masalah berat badan dan kanak-kanak yang tidak ada selera makan.

Sangat sesuai dijadikan minuman ketika sarapan,dengan nutrisi yang lengkap membolehkan anda melakukan aktiviti seharian dengan bertenaga dan tanpa rasa bersalah.
Walaubagaimanapun, Meal Shakes Shaklee mengandungi NonFat Dry Milk. Sekiranya kanak-kanak mempunyai alergi terhadap produk tenusu atau CMA (Cow Milk Allergy), disarankan tidak mengambil produk ini.


FACTS ABOUT MEAL SHAKES
  •  Complete Nutrients - Provides 24 types of A to Z essential vitamins, minerals and trace minerals. Deficiency in trace minerals will affects the absorption of vitamins and causes inactive enzymes. It also contains soy lecithin that works hand-in-hand with fat soluble vitamins.
  • Supplies Key nutrient to cells - Rich in protein (contain no lactose) that helps in forming skin, nails, hair, organs, blood, immunised cells etc.
  • Aids in Growing Up - Contains folic acid, biotin, rich in calcium and magnesium that are needed for building bones and cells in the growing up process.
  • Anti-Oxidants - Contains vitamins A, C, E, zinc, selenium which are the anti-oxidant components for anti-ageing.
  •  Restore skin complexion - Contains complete vitamin B-Complex, iron, copper to form healthy red blood cells, thus improves the skin colour complexion. Detoxification - Rich in soluble fibre that helps the (peristalsis of colon and stomach/bowel movement) to excrete excess fat and waste from the colon and stomach.
  • Great Taste for young and old - Delicious drink with natural fructose; quick replenishment of the necessary nutrients for the body; contain no artificial colouring and artificial sugar.

Setiap bancuhan Shaklee Meal Shake memberikan satu pertiga daripada US RDA dengan 19 vitamin/ galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat. 
Naturally good nutrition n great taste.No artificial flavor,colors,sweeteners or preservatives added..
  • a wholesome instant breakfast
  • a delicious, inexpensive meal in hurry
  • a nutrition packed meal supplement
  • a delectable snack any time
  • an ideal meal for people watching their weight or controlling total fat cholesterol and sodium
dBerperisa Vanilla,sangat sedap apabila dibancuh begitu atau dicampur dengan minuman kegemaran, dan
juga boleh dijadikan smoothies yang pastinya akan kegemaran anak-anak.

DDapatkan segera daripada saya

hHarga: RM113.75  Berat: 554gram

Untuk Maklumat Lanjut  dan  Konsultansi Percuma:

Pengedar Shaklee Anda l Norhasliza Rafee l 868943
Whatapps atau SMS l 012-6624161
COD l Kota Damansara,Damansara Perdana,TTDI,Damansara Utama,Kelana Jaya  dan Kawasan Sewaktu dengannya.
FB Fanpage l Vitamin.Ibu 


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Makan Vitamin Tapi Tidak Berkesan

Ada di antara kita mengeluh dan berasa kecewa kerana makan vitamin tetapi tidak berkesan. Apakata kita 'Check' semula pengambilan air kosong dan gaya hidup kita. Di harapkan ini dapat membantu anda.

  • Kurangnya pengambilan air kosong.

Ada diantara kita yang lebih gemarkan minum minuman berperisa seperti milo,nescafe,sirap dan sebagainya daripada minum air kosong. Tetapi pernahkah kita terfikir,pengambilan minuman berperisa ini lebih banyak kesan negatifnya. Ini adalah kerana kandungan gula di dalam air tersebut lebih-lebih lagi minuman berkarbonat. Air manis ini menyumbangkan peningkatan kepekatan gula dalam darah dan menyebabkan kegemukan.
Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.

  • Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.
mengambil vitamin yang banyak pada satu masa boleh menyebabkan peningkatan kepekatan darah pada masa-masa tertentu. Ramai diantara kita mengamalkan seperti ini kerana merasakan mudah dan makan sebelum tidur. Apabila kita tidur,pengambilan air kosong akan kurang.
Oleh itu,agihkan atau buat satu jadual pengambilan vitamin mengikut kesesuaian dan keperluan supaya kepekatan darah tidak akan meningkat secara mendadak pada satu-satu masa.
Di samping itu juga,ini dapat membantu buah pinggang agar tidak dibebani pada suatu masa sahaja.
  
  • Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.

Sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan dan di bawah pemantauan doctor, elakkan pengambilan ubat dan vitamin secara serentak kerana ini boleh menyebabkan darah tidak menyerap vitamin dengan baik akibat kecelaruan darah.
Oleh itu, anda disarankan menyediakan satu jadual masa pengambilan ubat dan vitamin.
Contohnya,sekiranya ubat doctor diambil sebelum makan,vitamin pula diambil selepas makan atau jarakkan pengambilan ubat dan vitamin dalam satu  hingga dua jam.

  • Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian.
Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh mengganggu penyerapan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.


  • Pantang larang makan vitamin.
Tahukah anda pengambilan multivitamin(e.g VITALEA) yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Tahukah anda vitamin E(VITAMIN E dan GLA SHAKLEE) tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia. Ada beberapa lagi yang perlu kita ketahui seperti pengambilan Alfalfa tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.

  • Pengambilan Vitamin Secara Istiqamah

Untuk  mendapatkan kesan yang baik,pengambilan vitamin ini adalah baik secara berterusan bukannya hari ini makan dan esok tidak. Ambil vitamin mengikut jadual dan teratur,barulah anda dapat merasai kesan.
Walaupun begitu,cepat atau lambat kesan vitamin itu bergantung juga pada badan individu tersebut. Ini adalah kerana,setiap badan manusia itu berbeza kerana factor pemakanan dan gaya hidup juga berbeza.

TIPS UNTUK IBU MENYUSU.

Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Walaubagaimana pun,fahami juga konsep penyusuan seperti "DEMAND AND SUPPLY"  dan sebagainya untuk memastikan anda dapat menjayakan aktiviti penyusuan. Utamakan niat yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri pengambilan air tidak sekata. Sekiranya anda membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu setiap fungsi kebaikan vitamin yang anda beli!


PEPPERMINT GINGER PLUS



Peppermint Ginger Plus adalah gabungan 4 herba iaitu Daun Pudina, Halia, Adas dan Cekur Manis.Merawat atau mencegah masalah loya,gastrik,mabuk laut,sendawa dan penghadaman.

Kebaikan setiap herba

1.Pudina
  • Mempunyai kesan penenang yang dapat melegakan otot perut seterusnya membantu dalam penghadaman,mabuk laut/darat,sakit gastrik,pedih hulu hati dan cirit-birit.
  • Selain itu, pudina juga melegakan kesan sampingan seperti muntah dan masalah selera makan yang timbul akibat daripada rawatan kemoterapi.
  • Pudina dapat merangsang pengeluaran peluh dan oleh itu,ianya dapat membantu masalah demam apabila seseorang itu dijangkiti selsema.
  • Kesegaran pudina juga membantu pemikiran menjadi segar dan lebih fokus.


2.Halia
  • Merupakan satu remedy dalam masalah angin dan melegakan ketidakselesaan perut dan usus,sakit akibat haid,loya dan mual angin ketika mengandung dan semasa pantang.
  • Satu kajian  di United Kingdom telah dibuat dan kajian menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan (pesakit wanita).
  • Penyelidik Switzerland pula mendapati halia adalah remedy yang berkesan ketika mabuk laut.

3.Pokok Adas (fennel)
  • Membantu dalam masalah alergi pada saluran usus,melegakan sakit perut dan gejala flu.
  • Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan masalah kembung perut.

4.Cekur Manis (Anise)
  • Melegakan masalah pencernaan dan sakit ketika haid,batuk dan kahak.
  • Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan.
  • Melegakan haba di musim panas dan lembap
  • Memberikan peredaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut.


Harga: RM 45, Kandungan: 90 Tablet.

Pengedar Shaklee Anda l Norhasliza Rafee l 868943
Whatapps atau SMS l 012-6624161
Email l eja_se@yahoo.co.uk
FB Fabpage l Vitamin.Ibu

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Kenali Kolesterol dan Kesannya Kepada Kita

Ramai orang salah erti dengan kolesterol,dan samakan kolesterol adalah lemak. Ya,kolesterol adalah dalam keluarga lemak tapi ianya bukan lemak.
Kolesterol mempunyai fungsi penting dalam pembentukan sel tisu membrane,hormone dan vitamin D dalam tubuh badan kita serta membantu proses pencernaan dan penyerapan lemak.

Kolestrol adalah komponen utama pada struktur selaput sel dan komponen utama sel otak dan saraf, dan pembentukan organ-organ tubuh. Tetapi,sekiranya kandungan kolesterol dalam badan berlebihan,ianya boleh memudaratkan  kesihatan dan terdedah kepada penyakit seperti darah tinggi,penyakit jantung,angin ahmar,batu karang dan buah pinggang.

Kolesterol terbahagi kepada dua iaitu, HDL dan LDL.

HDL (High Density Lipoprotein)

Adalah kolesterol yang baik,mengandungi banyak protein berbanding 20-30% kolestrol. Berfungsi membawa kolesterol dari seluruh saluran darah ke hati untuk diproses dan dikeluarkan dari tubuh. Ianya akan membersihkan dan membawa lemak berlebihan dari saluran darah ke hati untuk dikumuhkan.

LDL (Low Density Lipoprotein)

Dikenali sebagai kolesterol JAHAT kerana mempunyai 75% kolesterol berbanding protein.Bekerja sebagai mengangkut kolesterol dari hati ke sel-sel badan melalui peredaran darah.
Jika kandungan LDL tinggi di dalam badan,ianya boleh mengakibatkan pengumpulan dan penyumbatan saluran arteri yang boleh menghalang kelancaran pangaliran darah yang diakibatkan oleh pembentukan plak. Ini boleh membawa risiko penyakit jantung,stroke serta penyakit yang berkaitan.

Tahukah kita,kandungan kolesterol dalam darah berlaku secara senyap dan tiada sebarang tanda dan ini boleh berlaku setiap orang. Ini bermakna semua orang mempunyai risiko paras kolesterol yang tinggi dalam darah sekiranya tidak mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat.

Siapa yang berisiko tinggi mendapat paras kolesterol yang tinggi

  • Berat badan yang berlebihan atau obesiti
  • Mempunyai sejarah penyakit metabolic seperti diabetis,tekanan darah tinggi dan serangan jantung.
  • Mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai masalah kolesterol dan penyakit jantung.
  • Merokok – ini adalah kerana apabila seseorang itu merokok,ianya menggalakkan pemendapan lemak pada saluran darah dan boleh mempercepatkan pembekuan darah.Merokok juga mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.
  • Individu yang tidak mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat dan kurang aktif.

Bagaimana kolesterol boleh mengakibatkan penyakit jantung

Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung bila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.
Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil atherosclerosis.
Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan atherosclerosis, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).
Zarah kolesterol HDL menghalang proses atherosclerosis dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh zarah kolesterol LDL. (sumber wikipedia)

Kajian juga menunjukkan,pada masa kini golongan muda yang berumur lingkungan 20-an dikesan menghidap penyakit jantung berikutan amalan pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat.

"Kadar populasi pesakit jantung semakin muda dan dapat dikesan seawal umur 26 tahun,bagaimanapun,golongan berumur antara 40 tahun hingga 60 paling banyak dikesan menghidap penyakit ini iaitu 49% daripada keseluruhan kes yang dirawat dihospital.Manakala data dari kementerian Kesihatan pula menunjukkan hampir 25% sebab utama kes kematian di hospital kerajaan adalah penyakit kardiovaskular iaitu jantung dan peredaran darah" kata Tan Sri Dr.Robaayah Zambahari,Ketua Pengarah Institut Jantung Negara (IJN) - petikan dari http://www.utusan.com.my/Dalam_Negeri/20140224





Oleh itu,Shaklee yang sentiasa ingin memberikan kehidupan sihat kepada anda bakal mengeluarkan produk terbaru iaitu PHYTOCOL-ST pada bulan JUNE ini yang membantu menurunkan kolesterol dengan secara semulajadi






Untuk Maklumat Lanjut  dan  Konsultansi Percuma:

Pengedar Shaklee Anda l Norhasliza Rafee l 868943
Whatapps atau SMS l 012-6624161
COD l Kota Damansara,Damansara Perdana,TTDI,Damansara Utama,Kelana Jaya  dan Kawasan Sewaktu dengannya.
FB Fanpage l Vitamin.Ibu 


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.