KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE BERDAFTAR


1) Bagaimana caranya mendaftar keahlian?

Untuk mendaftar keahlian, anda boleh menghubungi saya,email: eja_se@yahoo.co.uk atau telefon
 number 012-6624161,dan saya akan menguruskan untuk anda. Atau anda juga boleh pergi kemana2
 branch Shaklee dengan menggunakan ID saya 868943,(Norhasliza Binti Rafee) sebagai penaja anda.

2) Berapakah yuran pendaftaran?
Hanya RM75 (termasuk kos penghantaran starter kit) seumur hidup atau anda boleh membeli barangan Shaklee sebanyak RM670 @ bersamaan 200UV untuk mendapatkan
 keahlian secara PERCUMA.

3) Perlu ke saya membuat pembelian setiap bulan?

Sekiranya anda hanya mahu membeli untuk kegunaan sendiri dan bukan untuk berbisnes,anda 
 tidak perlu membuat pembelian setiap bulan, tetapi sekiranya anda ingin berbisnes,
ada points2 tertentu yang perlu anda dapatkan dan maintan kan pada setiap bulan.

4) Apa kelebihan menjadi AHLI SHAKLEE? 

Anda dapat membeli barangan Shaklee dengan harga ahli. Setiap barangan Shaklee mempunyai points
 (Unit Volume @ UV) dimana boleh ditukar kepada cash (tunai) setiap bulan.
Shaklee juga menawarkan Program Subsidi Kereta,Pelan Konvesyen (menawarkan latihan,motivasi,
pengiktirafan yang diadakan di dalam dan luar negara). Bagi umat Islam,dengan Shaklee anda juga dapat menunaikan UMRAH di bawah tajaan Shaklee.

Jom sertai Shaklee dengan saya!

PENTINGNYA IBU MENGANDUNG MENGAMBIL VITAMIN

Hati wanita mana yang tidak gembira apabila mendengar khabar berita dirinya hamil. Sibuk mencari bahan-bahan bacaan yang berkaitan keibubapaan dan mula melayari Internet mencari maklumat berkaitan kehamilan. Satu perkara yang perlu dititik beratkan ialah soal pemakanan dan kesihatan.
Dan salah satu perkara yang dicari adalah makanan tambahan atau supplemen atau vitamin.

Mitos atau Fakta
Benarkah sekiranya kita mengambil vitamin atau supplemen ketika hamil,boleh menyebabkan bayi ini membuatkan bayi ini gemuk, dan diri kita juga lebih besar dari biasa?

Tapi ada juga di antara kita merasakan  malas untuk mengambil vitamin,"tak perlu lah vitamin,janji sihat"

Kenapa pentingnya pengambilan supplemen dan vitamin ketika mengandung?
Tujuannya adalah:

  • Mengurangkan risiko kecacatan bayi  ketika hamil
  • Mengelakkan kelahiran bayi pra matang dan kekurangan berat ketika bayi dilahirkan
  • Memberikan kekuatan dan membantu ibu-ibu yang hamil mendapat kesihatan yang baik sepanjang tempoh kehamilan.
  • Mengurangkan risiko kekurangan nutrisi di kalangan wanita yang mengalami loya,muntah-muntah dan tidak mempunyai selera makan ketika di awal kehamilan
Ramai di antara kita tidak tahu,segala nutrisi dan mineral dalam badan kita akan di kongsikan dengan bayi kita. Oleh itu pengambilan folic acid,kalsium,Omega-3,protein dan zat besi adalah penting. Bagi anda yang masih mencari supplemen atau vitamin yang sesuai,Shaklee ada jawapannya. Shaklee menawarkan kombinasi supplemen yang selamat,semulajadi dan drug free (bebas dadah).

1) B-Complex with Folic Acid
~Unik kerana ia dilengkapi  dengan asid folik dan juga 8 kumpulan vitamin B. Asid folik sangat penting untuk Penting untuk perkembangan fizikal dan saraf bayi di dalam rahim di awal kehamilan, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Pengambilan seawal 3 bulan pertama adalah penting kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama kehamilan ketika janin baru terbentuk.




2) Multivitamin Vitalea ( Iron)
Pengambilan multivitamin penting untuk pembentukan sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tubuh. Ia juga mengurangkan risiko pra matang dan menstabilkan bacaan HB darah ketika mengandung. Pengambilan vitamin ini perlu di elakkan bersama makanan yang berasaskan tenusu (susu,mentega,keju atau supplemen yang berasaskan kalsium ) kerana boleh menghalang penyerapan Iron ke dalam tubuh.






3) Ostematrix (Kalsium)

Penting untuk pembentukan tulang dan gigi. Tanpa bekalan kalsium yang secukupnya, wanita hamil terdedah kepada risiko preeclamsia, yang mungkin membawa maut kepada ibu dan anak di dalam rahim.









4) Omega Guard (Omega 3)
Mengandungi DHA yang sangat penting untuk perkembangan otak dan EPA  untuk pembentukan otak dan mata bayi. Di samping itu juga membentuk sistem saraf yang baik untuk bayi.








5) Energising Soy Protein
 ESP memberikan wanita hamil tenaga  bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. . Protein ini membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlu mencukupi bagi ibuuntuk  membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk juga membantu aliran darah ibu. Keperluan protein ini semakin penting ketika ibu  memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.