Pentingnya Multivitamin Dalam Kehidupan Seharian

Siapa kata makanan yang diambil seharian sudah mencukupi  untuk menampung keperluan tubuh?Apa pula kepentingan multivitamin dalam kehidupan kita. Bagi mendapatkan jawapan, ikuti penerangan terperinci mengenai hal ini.
Peningkatan taraf hidup dan ekonomi menyebabkan berlakunya lambakan makanan. Jadi, untuk mendapatkan keperluan nutrien sepatutnya tidaklah  menjadi satu masalah. Namun begitu, menjalani kehidupan rutin seharian yang sibuk menyebabkan penjagaan kesihatan dan kesempurnaan pemakanan terabai dan kadangkala kita lebih mengambil 'fast food' kerana ketiadaan masa.

Bagaimanapun ,ada juga di kalangan kita cuba mendapatkan makanan yang berkualiti dan terbaik walaupun sibuk menguruskan kehidupan seharian tetapi percayalah kita sebenarnya masih gagal menjaga pemakanan kita dengan sempurna.

Sebagaimana kita tahu pemakanan yang kaya dengan vitamin dan mineral yang seimbang sangat bermanfaat untuk kesihatan. Pun begitu, hal ini sering diabaikan. Oleh sebab itu, kita perlulah berubah sikap. Tabiat pengambilan suplemen vitamin dan mineral boleh membantu mengatasi masalah ini. Tambahan pula suplemen multivitamin yang diambil setiap hari boleh menyediakan seribu satu kebaikan dalam jangka masa panjang dan  menampung keperluan zat pemakanan yang tentunya kurang dalam pemakanan kita.

Multivitamin penting untuk tubuh
Perlu diketahui bahawa seiring dengan peningkatan usia, keperluan nutrien juga turut berubah. Kajian turut menunjukkan bahawa walaupun individu tersebut mengamalkan pemakanan sihat penuh dengan vitamin dan mineral, keperluan tersebut tidak mampu menampung keperluan tubuh terutama sekali di dalam kesibukan dan keadaan individu itu sendiri. Oleh itu, multivitamin memainkan fungsinya dengan memberikan pelbagai manfaat kepada tubuh.

Secara umumnya, suplemen multivitamin dapat membantu dari segi penjagaan kesihatan jantung kerana:
  • Meningkatkan tahap tenaga
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Menguatkan tulang
  • Kesihatan mata dan penglihatan
  • Menjaga kualiti kulit sihat
Zat pemakanan memainkan peranan penting dalam meningkatkan mutu kesihatan. Selain menampung kekurangan vitamin pada tubuh, bahan tambahan ini juga bertindak sebagai merawat penyakit yang berkaitan dengan kekurangan vitamin dan mineral.

Antara individu yang digalakkan mengambil multivitamin ialah
  • Wanita hamil dan menyusu anak
  • Wanita yang bersalin
  • Pengamal diet 
  • Perokok
  • Pengamal vegetarian
  • Peminum  alkohol yang kerap
  • Pesakit yang perlu mengikuti jadual pemakanan yang khusus.
  • Warga tua yang tidak boleh menyerap vitamin B12.
  • Golongan yang kerap memakan makanan yang dimasak panas. Hal ini kerana vitamin hilang dalam proses memasak.
Sebutir suplemen multivitamin setiap hari mampu memenuhi kekurangan zat pada tubuh. Malah, ini juga merupakan kaedah yang paling berkesan dalam menggalakkan pengambilan mikronutrien. Perlu diketahui ketika memilih multivitamin untukdibeli,, anda disarankan untuk memilih kepada gabungan vitamin dan mineral yang ada, bukan amaun bagi setiap kandungan mineral dan vitamin dan juga mudah larut. Ketahuilah suplemen multivitamin yang baik seharusnya mempunyai gabungan zat pemakanan yang seimbang dan memenuhi keperluan vitamin dan mineral teras. Hanya dengan cara itu, barulah tubuh memperoleh semua kebaikannya. 

Saya menyarankan anda mengambil Vita-Lea Shaklee kerana multivitamin ini memenuhi vitamin dan mineral yang diperlukan dalam kehidupan kita.

Untuk Maklumat Lanjut & Konsultansi Percuma:
Pengedar Shaklee Anda l Norhasliza Rafee l 868943
Whatapps atau SMS l 012-6624161
Email l eja_se@yahoo.co.uk
FB Fanpage l Vitamin.Ibu 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



No comments:

Post a Comment