MENGATASI MASALAH SELERA MAKAN ANAK-ANAK





Adakah anda ibu-ibu yang mengalami masalah kurangnya selera makan dikalangan anak-anak,dan membuatkan tidak ada penambahan berat badan yang ideal pada mereka.
Ada juga diantara anak-anak kita bergantung sepenuhnya penyusuan tanpa mahu mencuba makanan lain yang sepatutnya dia ambil apabila umur sudah 6 bulan ke atas. Ada diantara kita merasakan,oh tidak mengapa,mereka masih kanak-kanak dan tidak perlu dipaksa.Anda salah! Ini kerana mereka perlu diperkenalkan makanan lain dan mendapat zat-zat makanan dan nutrisi yang seimbang dengan tumbesaran mereka.
Ibu perlu menyediakan makanan yang berkhasiat mengikut keperluan nutrisi mereka seperti:-

*karbohidrat (nasi, roti, kentang, pasta untuk membekalkan tenaga dan membuat anak rasa kenyang),
*protein (telur, ikan, ayam, daging, susu, tauhu,  tempe untuk pertumbuhan badan, anti bodi dan sistem imun badan.
 *vitamin dan mineral (buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai sumber serat.
* lemak (untuk sumber tenaga dan zat bagi melarutkan vitamin A, D, E, K.

Selain pengambilan makanan mengikut piramid makanan, gaya hidup yang sihat turut menyumbang kepada peningkatan berat badan. Bukan sahaja anak yang terlebih berat badan disarankan aktif beriadah tetapi anak yang kurus juga perlu terus digalakkan aktif.  Bagaimanapun anak ini mesti dipastikan mendapat rehat yang cukup.

Oleh itu,rancang pemakanan anak anda dengan menggunakan kaedah yang dapat menaikkan atau meningkatkan selera makan mereka.
Berikut adalah tips-tips yang diharapkan dapat membantu anda:-

Galakkan anak anda untuk duduk di kerusi bayi atau meja makan selama 20-30 minit atau sehingga masa makan berakhir. Walaupun anak anda tidak makan langsung atau hanya makan sedikit selama beberapa minit, kekalkan dia di kerusi bayi atau meja makan selama 20-30 minit. Terangkan kepadanya bahawa dia perlu kekal di meja makan sehingga "ibu dan ayah sudah kenyang". Ini akan mengajarnya apa itu rasa kenyang. Jangan bimbang jika anak tidak makan pada akhir waktu 20-30 minit ini kerana mereka akan berasa lapar dan rasa ingin makan akan dating pada waktu makan yang berikutnya.

Kurangkan gangguan pada waktu makan seperti barang permainan, buku dan televisyen. Ini akan mengganggu proses pembelajaran rasa "kenyang" sewaktu makan kerana mereka hanya akan makan tanpa dapat mengenalpasti rasa "kenyang" jika dibenarkan bermain sewaktu waktu makan.

Puji anak anda jika dia mampu menyuap diri sendiri tetapi kekalkan reaksi neutral tentang apa yang dia makan. Sebagai contoh, ibu bapa tidak seharusnya bertepuk tangan atau menunjukkan reaksi teruja apabila anak mencuba makanan baharu. Perbuatan ini (mencuba makanan baru) bukan "pertunjukan" atau "performance" untuk ibu bapa. Jangan sesekali memberi "upah" makanan ringan contohnya gula-gula sekiranya anak mencuba makanan baharu. Cukup dengan sekadar pujian.

Elakkan menggunakan makanan sebagai hadiah dan ganjaran semasa memujuk atau sebagai tanda kasih sayang.

Jangan paksa atau desak anak anda makan kerana berkemungkinan ia hanya akan membawa kepada masalah dan bukan peningkatan pengambilan makanan.

Sekiranya anak anda tidak makan atau makan dengan amat sedikit sahaja, jangan benarkan pengambilan snek antara waktu makan. Jangan risau, ia tidak membahayakan sekiranya anak anda makan sedikit sahaja pada sesetengah waktu makan dan makan dengan lebih banyak pada waktu makan seterusnya atau keesokan harinya.

Oleh itu,untuk membantu mengatasi masalah selera makan dan masalah berat badan secara tidak langsung anda juga boleh memberikan mereka MEAL SHAKE SHAKLEE.



MEALSHAKE SHAKLEE yang berperisa vanilla ini lengkap dengan 24 jenis vitamin,mineral dan zat yang perlu. Dengan diformulasikan bahan-bahan semulajadi seperti buah-buahan,sayur-sayuran,kacang soya,lactalbulmin (sejenis susu) dan lain-lain lagi. Untuk pengetahuan anda Lactalbulmin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap kedalam sistem tubuh badan dari peringkat bayi hingga ke dewasa.


Untuk Maklumat Lanjut  dan  Konsultansi Percuma:

Pengedar Shaklee Anda l Norhasliza Rafee l 868943
Whatapps atau SMS l 012-6624161
COD l Kota Damansara,Damansara Perdana,TTDI,Damansara Utama,Kelana Jaya  dan Kawasan Sewaktu dengannya.
FB Fanpage l Vitamin.Ibu 


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment