11 Tips Untuk Anda Bersalin Secara Ceaserian/Pembedahan





Bersalin secara Ceaserian atau pembedahan memerlukan penjagaan yang teliti kerana di khuatiri kawasan luka bernanah atau kawasan jahitan terbuka kembali. Berikut adalah 11 Tips Bersalin secara Ceaserian  untuk anda dan di harapkan dapat membantu.

1. Melakukan Pergerakan Selepas Bersalin.
Menurut kajian, sebarang pergerakan yang dilakukan selepas menjalani pembedahan besar boleh membantu percepatkan penyembuhan luka dan mengurangkan risiko darah beku. Anda tidak seharusnya berfikir bahawa benang jahitan akan terbuka sekiranya anda bergerak kerana ia sangat jarang berlaku. Walaupun begitu,pastikan anda mendapatkan bantuan ahli keluarga atau jururawat ketika anda ingin melakukan sebarang pergerakan yang besar terutama pada beberapa hari awal selepas pembedahan.


2. Makan makanan berzat dan seimbang
Kehilangan bendalir tubuh seperti darah, mineral dan protin semasa  bersalin memerlukan kita  menggantikannya dengan kadar segera sekiranya kita ingin cepat pulih. Makan makanan yang mengandungi banyak protin seperti daging, ayam, ikan dan buah- buahan kerana ia kaya dengan mineral. Manakala sayur- sayuran pula kaya dengan vitamin. 


3. Minum air secukupnya
Air adalah agen pembuang toksin dalam badan dan bagi yang mengambil epidural ketika pembedahan,kita perlu minum air yang secukupnya bagi mengelakkan kesakitan dibelakang dan pinggang. Kekurangan air juga boleh menyebabkan sembelit dan menyukarkan proses kumuhan. Ini memberikan tekanan pada perut dan tempat luka serta menyebabkan anda menjadi sakit. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.


4. Elakkan daripada mengambil ubat tradisional
Tidak semua ubat tradisional selamat dan ada yang boleh memberikan kesan sampingan seperti mengurangkan kecutan rahim dan menyebabkan pendarahan faraj yang banyak. Ada pula yang mengandungi bahan kimia yang boleh memberikan tekanan kepada buah pinggang kita.
Pastikan mendapatkan nasihat daripada doktor dahulu sekiranya ingin mengambil sebarang ubat tradisional yang disarankan oleh kawan atau keluarga.


5. Mengambil suplemen zat besi dan multivitamin
Semasa pembedahan,kita kehilangan darah yang banyak iaitu 2-3 kali lebih tinggi daripada bersalin normal. Kehilangan darah akan menyebabkan perjalanan oksigen ke sel tubuh menjadi kurang dan ini juga mengakibatkan luka lambat sembuh. Amalan memakan suplemen zat besi dan multivitamin dapat meninggikan tahap hemoglobin dengan lebih cepat seterusnya mempercepatkan tempoh pemulihan luka.

6. Makan pil penahan sakit
Sakit keterlaluan menyebabkan kita tidak selesa dan mengurangkan keinginan untuk menyusukan bayi dan bergerak. Dapatkan ubat penahan sakit yang secukupnya untuk memastikan kita berasa selesa dan lebih senang untuk bergerak.

7. Menyusu badan secara eksklusif
Menyusu badan sudah terbukti dapat menyembuhkan luka dengan cepat. Setiap kali menyusu, badan akan mengeluarkan hormon oxytocin yang menolong mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah. Terdapat teknik-teknik menyusu yang sesuai yang boleh kita pelajari dari jururawat dan bidan hospital. Kita juga boleh mendapatkan tip penyusuan daripada kawan yang pernah melahirkan secara pembedahan.

8. Pastikan luka kering dan bersih
Biarkan luka terdedah kepada udara atau gunakan alat pengering rambut sekiranya perlu. Jangan menggaru pada luka atau menyapu sebarang ubat tanpa saranan doktor. Ini kerana ia boleh meninggikan risiko  jangkitan kuman.

9. Pakai bengkung
Kita boleh menggunakan ‘binder’ atau bengkung sekiranya mahu. Ianya selamat dan digalakkan untuk mengurangkan sakit terutamanya semasa batuk dan bersin. Perut kita juga mudah kempis kerana ia bertindak mengurangkan angin di dalam usus. Ianya juga menolong mengurangkan sakit belakang dengan memberikan sokongan pada tulang belakang kita. Pakailah bengkung yang lembut dan berasaskan daripadai kain. Seeloknya dipakai satu minggu selepas pembedahan.


10. Elakkan aktiviti yang boleh mendatangkan kesakitan
Aktiviti seperti menaiki tangga atau membongkok boleh membuatkan anda berasa lebih sakit. Oleh itu, elakkan daripada melakukan aktiviti tersebut sekurang-kurangnya satu minggu selepas pembedahan.Elakkan juga mengangkat barang-barang berat selain daripada bayi kerana aktiviti sepeti boleh mengganggu proses pemyembuhan luka; ianya akan meregangkan luka dan menyebabkan ikatan jahitan longgar.
Jahitan pada luka pemebedahan bukan sahaja terdapat pada kulit tetapi juga pada otot abdomen dan otot rahim.


11. Dapatkan bantuan ahli keluarga
Sokongan daripada suami dan ahli keluarga lain sangat penting semasa kita menjalani tempoh berpantang. Mintalah bantuan daripada mereka sama ada dari segi fizikal dan emosi sekiranya perlu kerana kita baru sahaja menjalani pembedahan yang besar. Kita tidak boleh melakukannya sendirian.

Tanda-tanda amaran atau serius selepas ceasarean;
1. Demam berterusan.
2. Sakit pada tempat luka
3. Pendarahan yang banyak, berterusan dan berketul dari faraj
4. Keluar nanah dari tempat luka
5. Tanda kemerahan pada sekitar luka
6. Keluar air jernih dari tempat luka
7. Tempat luka nampak berlubang atau bengkak
8. Benang jahitan keluar dari luka atau terbuka

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda sebegini, eloklah berjumpa doktor dengan segera.


Untuk pemilihan vitamin yang sesuai untuk selepas bersalin, SILA KLIK DISINI --> SET BERSALIN UNTUK CEASERIAN / PEMBEDAHAN

Untuk Maklumat Lanjut & Konsultansi Percuma:
Pengedar Shaklee Anda l Norhasliza Rafee l 868943
Whatapps atau SMS l 012-6624161
Email l eja_se@yahoo.co.uk
FB Fanpage l Vitamin.Ibu 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment