PENTINGNYA ZAT BESI SEMASA KEHAMILAN

Masalah low hb atau darah rendah sering di alami oleh ibu-ibu yang hamil  dan dikaitkan kekurangan zat besi ,seterusnya mendapat anemia. Antara tanda jika seseorang itu kurangnya pengambilan zat besi adalah seperti  rasa letih, tidak sihat, emosi mudah terganggu dan tubuh lemah.Tetapi wanita yang mengandung sering menganggap ia perkara normal sehingga  tidak diberikan perhatian serius.

Zat besi merupakan komponen utama dalam sel darah merah yang berfungsi menghantar oksigen ke seluruh tubuh badan kita. Pengambilan zat besi sebelum hamil amat digalakkan.Untuk menentukan tahap hemoglobin dalam darah, kita boleh membuat ujian darah di klinik bagi mengelakkan anemia semasa mengandung.

Zat besi bukan sahaja penting semasa mengandung tetapi kepentingan zat besi semakin bertambah selepas melahirkan anak dan sepanjang tempoh menyusukan anak.

Kesan  anemia ketika hamil,  selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan komplikasi kehamilan yang serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, saiz bayi yang kecil, koma dan paling membimbangkan ialah kemungkinan ibu meninggal dunia.

Pakar Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Premitha Damodaran, berkata ramai masih tidak tahu masalah kekurangan zat besi yang serius adalah merbahaya dan ianya boleh menyebabkan masalah kesihatan serius bukan saja kepada ibu, tetapi turut memberi kesan pada bayi yang dikandungnya.

Katanya lagi, dalam keadaan lebih serius, rawatan perubatan diperlukan memandangkan kumpulan wanita hamil itu menghadapi risiko kelahiran bayi pramatang dan mendapatkan bayi dengan berat badan rendah ketika dilahirkan. Tahap keterukan dan punca anemia menentukan terapi yang akan disyorkan oleh doktor, selain pesakit perlu membuat serba sedikit perubahan gaya hidup dan pemakanan. 

Dalam kebanyakan kes, doktor mengesyorkan pil zat besi tambahan untuk merawat anemia. Pilih rumusan besi yang boleh diterima oleh badan kerana ia penting untuk memulihkan kekurangan hemoglobin dan mengoptimumkan penyerapan zat besi, membantu wanita menangani anemia semasa hamil dan juga mengurangkan kesan sampingan seperti sembelit.

Punca-punca kekurangan zat besi.
  • 1.      Diet yang tidak sihat dan  mengabaikan kepentingan zat besi
  • 2.      Penyerapan yang rendah oleh badan
  • 3.      Kesan pengambilan ubat tertentu
  • 4.      Keadaan genetic
  • 5.      Kehilangan darah yang teruk (kemalangan atau pembedahan)
  • 6.      Kehamilan
Antara wanita yang berisiko mengalami anemia kekurangan zat besi selepas bersalin ialah:

·         Wanita yang disahkan menghidap anemia kekurangan besi semasa hamil
·         Wanita yang mengalami kehilangan darah berlebihan semasa melahirkan anak
·         Wanita yang sudah beberapa kali melahirkan anak
·         Ibu yang menyusukan bayinya


Sumber makanan zat besi yang boleh diambil ketika proses mahu hamil,semasa hamil dan menyusukan anak:

Ayam, sayur berdaun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai, labu, bijan dan tauhu. 
VITAMIN YANG DI CADANGKAN


VITA-LEA IRON FORMULA SHAKLEE

Pengedar Shaklee Anda l Norhasliza Rafee l 868943
Whatapps atau SMS l 012-6624161
Email l eja_se@yahoo.co.uk
FB Fabpage l Vitamin.Ibu

No comments:

Post a Comment