KEBAIKAN VITAMIN C SHAKLEE

Umumnya, semua orang tahu apa yang dikatakan vitamin c dan vitamin c juga sering dikaitkan dengan buah oren. Tahukah anda,untuk memenuhi keperluan vitamin c di dalam tubuh badan kita,kita perlu makan 7 setengah buah oren dalam sehari .Mustahilkan,dalam kesibukkan kita bekerja untuk kita makan sebanyak itu sehari. Kini,jalannya cukup mudah hanya perlu mengambil sebiji vitamin c sekurangnya mengandungi 500mg vitamin c.


 



Fungsi Vitamin C kepada Tubuh Badan Manusia


  • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
  • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
  • Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
  • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
  • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon anti-stress.
  • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
  • Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
  • Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
  • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
  • Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih baik, penting  dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
  • Merawat jangkitan saluran kencing.
  • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.
Perbezaan Vitamin C Shaklee dan Vitamin C yang lain


  1. Vitamin C Shaklee dilengkapi dengan "Sustained Release Technology", dimana setiap 1 jam,sebanyak 100mg akan dibebaskan kedalam tubuh badan dan akan digunakan seoptimun yang mungkin  di dalam badan.
  2. Setiap sebiji vitamin C Shaklee mempunyai 553mg ascorbic acid dan 120mg citrus bioflavonoids.

Kesan kekurangan vitamin C

Vitamin C adalah vitamin yang sangat rapuh dimana ianya mudah rosak pada suhu yang terlalu tinggi, dan sekiranya cuaca panas, vitamin C di dalam badan yang sedia ada akan ada yang musnah.

Tanda-tanda kekurangan vitamin C:

Mudah tertekan atau stress
kulit kelihatan sangat kering dan bersisik
tapak kaki kasar dan keras
luka yang lambat sembuh
mudah selsema/bersin
mudah mendapat ulcer
lemah badan
bengkak gusi
sakit-sakit dan sengal badan
hidung berdarah 
anemia



NOTAKAKI:


Tahukah anda,sebatang rokok mampu memusnahkan 50-100mg vitamin c di dalam badan.
Tahukah anda rasa stress atau keresahan boleh mempercepatkan penyusutan vitamin C.
Sekiranya anda mengamalkan pil perancang atau suntikan perancang,mengambil ubat penahan sakit,vitamin C akan kehilangan dengan banyak.
Sekiranya,anda mengambil vitamin C secara berlebihan,anda akan mengalami cirit-birit.

Untuk maklumat boleh hubungi saya.


Pengedar Shaklee Anda l Norhasliza Rafee l 868943
Whatapps atau SMS l 012-6624161
Email l eja_se@yahoo.co.uk
FB Fanpage l Vitamin.Ibu 


No comments:

Post a Comment