Kenali Kolesterol dan Kesannya Kepada Kita

Ramai orang salah erti dengan kolesterol,dan samakan kolesterol adalah lemak. Ya,kolesterol adalah dalam keluarga lemak tapi ianya bukan lemak.
Kolesterol mempunyai fungsi penting dalam pembentukan sel tisu membrane,hormone dan vitamin D dalam tubuh badan kita serta membantu proses pencernaan dan penyerapan lemak.

Kolestrol adalah komponen utama pada struktur selaput sel dan komponen utama sel otak dan saraf, dan pembentukan organ-organ tubuh. Tetapi,sekiranya kandungan kolesterol dalam badan berlebihan,ianya boleh memudaratkan  kesihatan dan terdedah kepada penyakit seperti darah tinggi,penyakit jantung,angin ahmar,batu karang dan buah pinggang.

Kolesterol terbahagi kepada dua iaitu, HDL dan LDL.

HDL (High Density Lipoprotein)

Adalah kolesterol yang baik,mengandungi banyak protein berbanding 20-30% kolestrol. Berfungsi membawa kolesterol dari seluruh saluran darah ke hati untuk diproses dan dikeluarkan dari tubuh. Ianya akan membersihkan dan membawa lemak berlebihan dari saluran darah ke hati untuk dikumuhkan.

LDL (Low Density Lipoprotein)

Dikenali sebagai kolesterol JAHAT kerana mempunyai 75% kolesterol berbanding protein.Bekerja sebagai mengangkut kolesterol dari hati ke sel-sel badan melalui peredaran darah.
Jika kandungan LDL tinggi di dalam badan,ianya boleh mengakibatkan pengumpulan dan penyumbatan saluran arteri yang boleh menghalang kelancaran pangaliran darah yang diakibatkan oleh pembentukan plak. Ini boleh membawa risiko penyakit jantung,stroke serta penyakit yang berkaitan.

Tahukah kita,kandungan kolesterol dalam darah berlaku secara senyap dan tiada sebarang tanda dan ini boleh berlaku setiap orang. Ini bermakna semua orang mempunyai risiko paras kolesterol yang tinggi dalam darah sekiranya tidak mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat.

Siapa yang berisiko tinggi mendapat paras kolesterol yang tinggi

  • Berat badan yang berlebihan atau obesiti
  • Mempunyai sejarah penyakit metabolic seperti diabetis,tekanan darah tinggi dan serangan jantung.
  • Mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai masalah kolesterol dan penyakit jantung.
  • Merokok – ini adalah kerana apabila seseorang itu merokok,ianya menggalakkan pemendapan lemak pada saluran darah dan boleh mempercepatkan pembekuan darah.Merokok juga mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.
  • Individu yang tidak mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat dan kurang aktif.

Bagaimana kolesterol boleh mengakibatkan penyakit jantung

Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung bila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.
Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil atherosclerosis.
Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan atherosclerosis, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).
Zarah kolesterol HDL menghalang proses atherosclerosis dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh zarah kolesterol LDL. (sumber wikipedia)

Kajian juga menunjukkan,pada masa kini golongan muda yang berumur lingkungan 20-an dikesan menghidap penyakit jantung berikutan amalan pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat.

"Kadar populasi pesakit jantung semakin muda dan dapat dikesan seawal umur 26 tahun,bagaimanapun,golongan berumur antara 40 tahun hingga 60 paling banyak dikesan menghidap penyakit ini iaitu 49% daripada keseluruhan kes yang dirawat dihospital.Manakala data dari kementerian Kesihatan pula menunjukkan hampir 25% sebab utama kes kematian di hospital kerajaan adalah penyakit kardiovaskular iaitu jantung dan peredaran darah" kata Tan Sri Dr.Robaayah Zambahari,Ketua Pengarah Institut Jantung Negara (IJN) - petikan dari http://www.utusan.com.my/Dalam_Negeri/20140224





Oleh itu,Shaklee yang sentiasa ingin memberikan kehidupan sihat kepada anda bakal mengeluarkan produk terbaru iaitu PHYTOCOL-ST pada bulan JUNE ini yang membantu menurunkan kolesterol dengan secara semulajadi






Untuk Maklumat Lanjut  dan  Konsultansi Percuma:

Pengedar Shaklee Anda l Norhasliza Rafee l 868943
Whatapps atau SMS l 012-6624161
COD l Kota Damansara,Damansara Perdana,TTDI,Damansara Utama,Kelana Jaya  dan Kawasan Sewaktu dengannya.
FB Fanpage l Vitamin.Ibu 


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

No comments:

Post a Comment