MAKANAN KANAK-KANAK: 5 PERKARA PENTING YANG PERLU IBUBAPA TAHU

Untuk tumbesaran kanak-kanak yang normal,makanan adalah perkara yang penting dan diperlukan. Tetapi makanan yang bagaimana yang perlu kita berikan?

Saya senaraikan 5 perkara penting ibu bapa perlu tahu mengenai makanan kanak-kanak.

1. KHASIAT MAKANAN DARIPADA SUMBER SEMULAJADI
Setiap makanan membekalkan zat dan kandungan nutrisi yang berbeza-beza. Memberikan makanan pelbagai jenis pada anak-anak  mampu membekalkan kalori, lemak, vitamin dan mineral yang diperlukan untuk tumbesaran mereka. Tahukah anda, kanak-kanak memerlukan 800mg kalsium setiap hari. Sumber kalsium boleh didapati susu,keju dan dadih.Vitamin A dan C pula boleh didapati daripada sumber buah-buahan dan sayur-sayuran. Daging dan kekacang pula membekalkan zat besi dan protein. Produk bijirin seperti bijiran sarapan pagi pula menyumbangkan peningkatan zat besi dan folat pada kanak-kanak.

2. JANGAN SEKAT ANAK KITA MAKAN
kanak-kanak memerlukan lemak yang secukupnya untuk tumbesaran,berikan mereka susu mgpenuh krim dan bukannya rendah lemak melainkan atas nasihat doktor. Keperluan lemak yang secukupnya amat diperlukan untuk tumbesaran yang sihat dan kalori yang secukupnya. kebanyakkan garis panduan pemakanan kanak-kanak mengesyorkan pengambilan khasiat untuk kanak-kanak yang berusia 1 hingga 3 tahun adalah 1000mg atau 1300mg,dan pengambilan protein pula adalah 16mg atau lebih untuk sehari.

3.PENTINGNYA PENGAMBILAN VITAMIN
Pakar pemakanan kanak-kanak mencadangkan utk setiap hidangan sehari,kanak-kanak memerlukan;
-40 mg Vitamin C
-400 Mikrogram Vitamin A
-10 mg Zat Besi
-10mg Zink
-50mg Folat

Ibu bapa perlu peka dengan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh kanak-kanak untuk memastikan perkembangan tumbesaran mereka di tahap yang normal.

4. TAMBAHKAN SAIZ HIDANGAN
Walaupun terdapat garis panduan pengambilan pemakanan yang anda perlu perhatikan, kuantiti makanan yang di ambil perlu diambil kira. Kuantiti makanan yang diambil oleh kanak-kanak ialah 1/4 hingga 1/3 saiz makanan orang dewasa. Anda tidak perlu merasa bimbang sekiranya anak anda tidak mengambil makanan 3 kali sehari,selagi keperluan kalori yang di ambil mereka cukup untuk perkembangan tumbesaran mereka.

5. BAHAYANYA JIKA KEKURANGAN ZAT MAKANAN
Sekiranya anak anda kurang mendapat zat makanan,anak anda berkemungkinan menghadapi masalah kesihatan seperti;

  • Anemia- kesan kekurangan zat besi. Anak anda akan menghadapi masalah mudah letih dan pucat.
  • Deria terganggu-kekurangan Zink dan menyebabkan kurangnya selera makan.


Sekiranya anak anda tidak mendapatkan zat dan nutrisi yang secukupnya,tumbesaran mereka turut terjejas.


Pengambilan Vitamin  Yang Dicadangkan


SHAKLEE MEAL SHAKES

OMEGAGUARD



CHEWABLE VITA-C




Pengedar Shaklee Anda l Norhasliza Rafee l 868943
Whatapps atau SMS l 012-6624161
Email l eja_se@yahoo.co.uk
FB Fabpage l Vitamin.Ibu


No comments:

Post a Comment