Makan Vitamin Tapi Tidak Berkesan

Ada di antara kita mengeluh dan berasa kecewa kerana makan vitamin tetapi tidak berkesan. Apakata kita 'Check' semula pengambilan air kosong dan gaya hidup kita. Di harapkan ini dapat membantu anda.

  • Kurangnya pengambilan air kosong.

Ada diantara kita yang lebih gemarkan minum minuman berperisa seperti milo,nescafe,sirap dan sebagainya daripada minum air kosong. Tetapi pernahkah kita terfikir,pengambilan minuman berperisa ini lebih banyak kesan negatifnya. Ini adalah kerana kandungan gula di dalam air tersebut lebih-lebih lagi minuman berkarbonat. Air manis ini menyumbangkan peningkatan kepekatan gula dalam darah dan menyebabkan kegemukan.
Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.

  • Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.
mengambil vitamin yang banyak pada satu masa boleh menyebabkan peningkatan kepekatan darah pada masa-masa tertentu. Ramai diantara kita mengamalkan seperti ini kerana merasakan mudah dan makan sebelum tidur. Apabila kita tidur,pengambilan air kosong akan kurang.
Oleh itu,agihkan atau buat satu jadual pengambilan vitamin mengikut kesesuaian dan keperluan supaya kepekatan darah tidak akan meningkat secara mendadak pada satu-satu masa.
Di samping itu juga,ini dapat membantu buah pinggang agar tidak dibebani pada suatu masa sahaja.
  
  • Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.

Sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan dan di bawah pemantauan doctor, elakkan pengambilan ubat dan vitamin secara serentak kerana ini boleh menyebabkan darah tidak menyerap vitamin dengan baik akibat kecelaruan darah.
Oleh itu, anda disarankan menyediakan satu jadual masa pengambilan ubat dan vitamin.
Contohnya,sekiranya ubat doctor diambil sebelum makan,vitamin pula diambil selepas makan atau jarakkan pengambilan ubat dan vitamin dalam satu  hingga dua jam.

  • Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian.
Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh mengganggu penyerapan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.


  • Pantang larang makan vitamin.
Tahukah anda pengambilan multivitamin(e.g VITALEA) yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Tahukah anda vitamin E(VITAMIN E dan GLA SHAKLEE) tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia. Ada beberapa lagi yang perlu kita ketahui seperti pengambilan Alfalfa tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.

  • Pengambilan Vitamin Secara Istiqamah

Untuk  mendapatkan kesan yang baik,pengambilan vitamin ini adalah baik secara berterusan bukannya hari ini makan dan esok tidak. Ambil vitamin mengikut jadual dan teratur,barulah anda dapat merasai kesan.
Walaupun begitu,cepat atau lambat kesan vitamin itu bergantung juga pada badan individu tersebut. Ini adalah kerana,setiap badan manusia itu berbeza kerana factor pemakanan dan gaya hidup juga berbeza.

TIPS UNTUK IBU MENYUSU.

Makanlah vitamin yang fokus untuk membantu ibu menjayakan penyusuan. Walaubagaimana pun,fahami juga konsep penyusuan seperti "DEMAND AND SUPPLY"  dan sebagainya untuk memastikan anda dapat menjayakan aktiviti penyusuan. Utamakan niat yang utama. Supaya tidak terlalu banyak vitamin yang anda amalkan dan dikhuatiri pengambilan air tidak sekata. Sekiranya anda membeli, maka dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu setiap fungsi kebaikan vitamin yang anda beli!


No comments:

Post a Comment